08 June 2008

MESYUARAT AJK PIBG KALI 1 SESI 2008/2009


TN HJ ABD HALEEM B ABD WAHAB
YDB PIBG SESI 2008/2009

Mesyuarat AJK PIBG 1 Sesi 2008/2009
Tarikh : 8 Jun 2008
Masa : 2.30 petang
Dalam mesyuarat tersebut telah membincangkan aktiviti PIBG :

  1. Pengetua mencadangkan sambutan 5 tahun SBPIS beserta Hari Keluarga di mana suasana yang mesra untuk ibu bapa bertemu guru-guru. Antara cadangan aktiviti ialah karaoke, boling padang, tarik tali dan jualan
  2. Pengetua mencadangkan kad Hari Raya dan poskad sekolah dihasilkan sebagai menambah dana PIBG. Manakala penanda buku akan diteruskan
  3. En Ramlan mencadangkan sebarang program yang kos kurang RM5000 boleh dihantarkan kerta kerja kepada Pusat Zakat untuk dapatkan sumbangan
  4. Pengetua mencadangkan dapatkan sumbangan dari rumah sukan seperti Petronas,Proton,Telekom dan sebagainya
  5. Penyerahan buku rekod pelajar akan dijalankan sebulan dari sekarang untuk semua tingkatan
  6. Pengetua mencadangkan buletin sekolah boleh dijual pada majlis sambutan 5 tahun SBPIS yang mana kos dan keuntungan oleh PIBG
  7. Tn Hj Sharif mencadangkan kelas tuisyen berfokus untuk beberapa subjek dan satu pertiga dari bayaran dikeluarkan oleh PIBG
  8. Menghantar 3 pelajar ke Jepun. Sehubungan itu pihak PIBG diharap memberi sumbangan kewangan

Hal-hal lain

  1. En Aziz mencadangkan streaming pelajar tingkatan 1,2 dan 3 sahaja. Kelas tingkatan 4 dan 5 tidak perlu
  2. Tn Hj Mahmood serjan mencadangkan langganan akhbar secara individu
  3. Rungutan guru tidak masuk kelas dan tidak semak kerta peperiksaan. Pengetua menjelaskan terdapt guru yang berkursus dan ada guru ganti
  4. Tn Hj Baharudin meminta sebarang laporan buli perlu dimaklumkan segera dan tindakan buang sekolah akan dikenakan
  5. Pn Rohani mengucapkan terima kasih atas sumbangan PIBG sepanjang program yang dijalankan oleh unit Bimbingan fan kaunseling
  6. Jubah graduasi: cadangan pelajar dikenakan bayaran RM20 untuk kos dobi RM15 dan RM5 tabung PIBG
  7. Cadangan supaya anak Tn Hj Haleem dan seorang lagi pelajar yang mengikuti program di Jepun akan diberikan sumbangan sebanyak satu perlma dari kos perbelanjaan
  8. Pn Rohani menjelaskan sepanjang tempoh 5 tahun , sekolah tidak pernah menjemput tokoh motivasi terkenal walaupun ada permintaan dalam kalangan pelajar.
  9. cadangan agar elaun minyak menghadiri mesyuarat PIBG diberikan sebanyak RM20. Pengetua menyatakan perkara ini akan diputuskan dalam mesyuarat agung PIBG
  10. Tn Hj Baharudin mencadangkan outing sendiri pelajar mesti minta kebenaran warden


No comments: