25 January 2009

PENDAFTARAN TINGKATAN 1




Pada 12 Januari 2009 seramai 56 pelajar Tingkatan 1 telah mendaftar sebagai warga SBPIS, di mana 29 pelajar lelaki dan 27 pelajar perempuan

LAWATAN TIMBALAN PENGARAH SBP DAN KLUSTER





Pada 19 Jan 2009 , lawatan Timbalan Pengarah BPSBPSK Pn Norlia Bt Mohd Shuhaili telah membuat lawatan di SBPIS, beliau telah membuat lawatan ke Asrama , berjumpa dengan pelajar-pelajar dan guru-guru untuk memberi taklimat dan motivasi untuk tahun 2009

22 January 2009

TEMUDUGA PELAJAR TINGKATAN 1


Pada 19 Januari 2009, SBPIS telah memanggil 106 calon Tingkatan 1 untuk temuduga ke asrama penuh, seramai 57 calon telah hadir. Calon-calon akan ditapis oleh pihak sekolah berdasarkan kepada ujian bertulis Bahasa Arab dan temuduga. Senarai nama calon akan dihantar ke pihak SBP dan keputusan akan ditentukan oleh SBP

31 August 2008

SAMBUTAN DETIK AMBANG MERDEKA KE 51, SBPIS TAHUN 2008

Sambutan diadakan pada 30 Ogos 2008 di Dataran Merdeka mulai jam 10.00 malam . Pelbagai pengisian telah disusun bagi tujuan sambutan tersebut. Bacaan dan doa selamat telah diadakan pada malam tersebut bermula waktu Maghrib. Pada malam tersebut Tokoh Tempatan telah dijemput untuk memberi ceramah tentang pengalaman semasa negara di bawah jajahan Jepun dan British hingga negara mencapai kemerdekaan. Pada malam tersebut tetamu dari JPM juga telah memberi sedikit ceramah mengenai sambutan ambang merdeka.

17 August 2008

PERTUKARAN GURU - PN ZURAINI


Ucapan terakhir sempena pertukaran Pn Zuraini setelah berkhidmatan 5 tahun di SBPIS


Pn Zuraini menerima cenderahati daripada Pn Rohani dan En Karim Bayok sempena pertukaran Pn Zuraini ke SMKA Sultan Muhammad.

Warga SBPIS mendoakan beliau sentiasa ceria dan lebih bertanggungjawab di sekolah baru nanti (bermula 16 Ogos 2008)