31 August 2008

SAMBUTAN DETIK AMBANG MERDEKA KE 51, SBPIS TAHUN 2008

Sambutan diadakan pada 30 Ogos 2008 di Dataran Merdeka mulai jam 10.00 malam . Pelbagai pengisian telah disusun bagi tujuan sambutan tersebut. Bacaan dan doa selamat telah diadakan pada malam tersebut bermula waktu Maghrib. Pada malam tersebut Tokoh Tempatan telah dijemput untuk memberi ceramah tentang pengalaman semasa negara di bawah jajahan Jepun dan British hingga negara mencapai kemerdekaan. Pada malam tersebut tetamu dari JPM juga telah memberi sedikit ceramah mengenai sambutan ambang merdeka.

17 August 2008

PERTUKARAN GURU - PN ZURAINI


Ucapan terakhir sempena pertukaran Pn Zuraini setelah berkhidmatan 5 tahun di SBPIS


Pn Zuraini menerima cenderahati daripada Pn Rohani dan En Karim Bayok sempena pertukaran Pn Zuraini ke SMKA Sultan Muhammad.

Warga SBPIS mendoakan beliau sentiasa ceria dan lebih bertanggungjawab di sekolah baru nanti (bermula 16 Ogos 2008)

PELANCARAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2008


Tuan Pengetua Kanan memberi Ucapan Perasmian Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Persembahan pelajar - Deklamasi sajak



Pelajar dan guru-guru bersemangat - Nyanyain Tanggal 31 lagu

Tarikh : 15 Ogos 2008
Tempat : Dewan Gemilang, SBPI Selandar
Tema : 'PERPADUAN TERAS KEJAYAAN'

06 August 2008

MESYUARAT PENYELARASAN ISU KERETAKAN BANGUNAN SBPIS - 6 OGOS 2008




Mesyuarat Penyelarasan Isu Keretakan Bangunan SBPIS

03 August 2008

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM dan PMR SBPIS ( 04 OGOS HINGGA 15 OGOS 2008)


Calon PMR sedang menduduki peperiksaan percubaan

Calon SPM sedang menduduki peperiksaan percubaan SBP

Peperiksaan Percubaan SPM dan PMR selaras SBP bermula dari 04 Ogos hingga 15 Ogos 2008. Peperiksaan ini akan membayangkan keputusan peperiksaan sebenar calon SPM dan PMR. Oleh sebab itu diharapkan calon-calon SPM dan PMR akan menunjukkan semangat seolah-olah menghadapi peperiksaan sebenar. Calon juga dikehendaki memberikan fokus seratus peratus semasa peperikssan dijalakan. Semua guru doakan kejayaan cemerlang anak-anak muridnya. Insya-Allah.

LDP SBPI SELANDAR SIRI 6/2008- 31 JULAI 2008


En Ahmad Johari sedang memberi ceramah
Tajuk :
Tempat : Bilik Mesyuarat SBPIS
Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Penceramah : En Ahmad Johari Zaini
Sasaran : Semua guru